Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan

Sabtu, 17 Mac 2012

Program Ramah Mesra dan Taklimat Pembangunan SAR KAFA bersama Wakil Menteri Besar

Pada 13.3.2012,hari Selasa telah diadakan satu program Ramah Mesra dan Taklimat Pembangunan SAR KAFA  bersama Wakil Menteri Besar Perak,YB Tuan Haji Salleh B. Mat Desa.Program ini diadakan bagi menjelaskan beberapa perkara berkaitan bantuan pembangunan baik pulih sekolah SAR KAFA kawasan Parit Buntar.
Majlis ini diadakan di SRAR Al Tahzib,Titi Serong, Parit Buntar Perak.Semua guru KAFA atau wakil sekolah KAFA kawasan Parit Buntar telah menghadirinya.Dalam kata aluan yang disampaikan oleh Tuan Pegawai Tadbir Agama Islam Cawangan Parit Buntar,AF Astaz Firdaus B. Salleh.

Tuan PTA menyampaikan kata aluan

Dalam ucapan aluan beliau mengajak semua guru-guru besar prihatin dengan  pembangunan sekolah masing-masing. Beliau berharap juga agar taklimat ini akan membawa keuntungan kepada semua pihak






YB Tuan Hj. Salleh B. Mat Desa memberi taklimat
Seterusnya Tuan Haji Salleh B. Mat Desa dalam ucapannya menekankan betapa pentingya  bersama-sama  bersatu padu mengangkat syiar Islam.Kerjasama yang amat perlu bagi meningkatkan kerjasama ini.Beliau bersedia berdialoq bagi membangunkan SAR KAFA Parit Buntar. Beliau jua akan membawa kesemua permohonan pembiayaan pembangunan SAR KAFA kepada YAB Menteri Besar Perak.Beliau juga telah diberi taklimat oleh pihak atasan berkaitan pembiayaan pembangunan SAR KAFA yang bernilai RM 200,000.00 terhadap sekolah yang amat memerlukan.

Ustazah Mahfuzah dlm sessi dialoq



Guru-guru besar SAR KAFA menunjukkan respon yang baik semasa program ini dijalankan.Ramai guru-guru berkesempatan menyuarakan beberapa masalah berkaitan pembangunan sekolah dan dapat menerima beberapa bentuk cara memohon bantuan pembangunan tersebut.Mereka menyuarakan perkara tersebut secara terbuka dan berharap YB Tuan Hj. Salleh dapat membantu mereka memohon.







Majlis ini amat baik diteruskan bagi membina kerjasama yang akrab antara SAR KAFA Parit Buntar dan pihak kerajaan Negeri Perak melalui Penyelaras DUN masing-masing.Apa pun usaha ini tak akan berhasil jika dialoq dan taklimat tidak sampai ke matlamat yang sewajarnya. Kerjasama semua pihak amat-amat di alu-alukan.

Pihak Badan Kemajuan danKebajikan SAR KAFA Parit Buntar (BKKSARKAFAPB) mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Tuan Hj. Salleh B. Mat Desa, Wakil Menteri Besar yang sudi mendengar permasalahan sekolah kami serta membantu memberi taklimat ini.Begitu jua kepada Tuan PTA,AF Firdaus B. Salleh yang memberi ruang dalam pertemuan ini.
Insya Allah , jika ada peluang.Diharap masa akan datang akan ada lagi program talimat yang penting untuk pembangunan SAR KAFA Parit Buntar.

Mudah-mudahan semua permohonan SAR KAFA Parit Buntar akan diterima.Amin....

Sabtu, 25 Februari 2012

Dapat bonus RM 500.00. Apa kata mereka?

Warga KAFA Perak amat gembira dengan pengishtiharan Menteri Besar Perak,YAB Dato` Dr. Seri Zambry Abdul Kadir dengan bonus RM 500.00 kepada setiap guru KAFA.Rata-rata guru KAFA bersyukur dengan penerimaan bonus ini dan berazam akan berkhidmat bersungguh-sungguh mendidik anak bangsa.

Nor Azizh Bt. Awang


Seorang guru KAFA, Ustazah Nor Azizah Bt. Awang,44 tahun menyatakan bahawa beliau amat gembira dengan pemberian bonus yang diumumkan oleh Menteri Besar Perak.Beliau amat bersyukur dengan keprihatinan pihak kerajaan dan berharap mudah-mudahan biarlah perkara tersebut berterusan.Beliau turat mengharapkan negeri Perak akan terus maju jaya di bawah kepimpinan YAB Dato` Seri Zambry Abdul Kadir selaku Menteri Besar Perak





Puan Hajjah Salmiah 



Manakala Puan Hajjah Salmiah Bt. Sabran,Ketua Sektor Pendidikan Islam,Jabatan Pelajaran Perak mengucapkan tahniah kepada semua guru KAFA perak di atas pemberian bonus ini.Pemberian bonus ini ibarat BR1M yang kedua untuk guru-guru KAFA.Beliau turut berharap guru-guru KAFA akan bekerja dengan lebih baik dan bersungguh-sungguh lagi.





Alhamdulillah.Terima Kasih Menteri Besar Perak  dan Kerajaan Negeri Perak.

Majlis Penyampaian Cek Pembangunan dan Pengurusan SAR KAFA Negeri Perak dan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang UPKK 2011 Negeri Perak oleh Menteri Besar Perak

IPOH.25hb.Feb.2012. - Bertempat di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, Dato` Seri Dr. Zambry B. Abdul Kadir,satu Majlis Penyampaian Cek Pembangunan dan Pengurusan SAR KAFA Perak dan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang UPKK 2011 Perak telah diadakan.Majlis tersebut di hadiri oleh lebih 4000 orang warga SAR KAFA Perak yang terdiri guru-guru KAFA dan pengerusi-pengerusi Jemaah Pengurusan dan Pentadbiran SAR KAFA Perak.

Tuan Hj. Yusuf menyampaikan ucapan

Dalam ucapan aluan yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Perak(Jaipk), Tuan Hj. Yusuf B. Hj Hussin, utntuk tahun 2012  sahaja 28 juta ringgit telah diperuntukkan kepada sekolah Agama Rakyat(SAR) dan sekolah Menengah Agama (SMA)Ia meliputi nilai perkapita,pembangunan dan kursus-kursus untuk guru dan lain-lain lagi.Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan dan mengharapkan agar warga KAFA menghargainya dengan dan mengenang budi baik yang telah diterima.Beliau turut berharap guru-guru kAFA agar memberi khidmat  yang baik untuk anak bangsa.Beliau turut menyatakan syarat kelayakan memasuki sekolah menengah agama negeri atau Tahfiz anjuran kerajaan negeri bagi tahun ini sekurang-kurangnya 4A  4B dalam peperiksaan UPKK.

Menteri besar memberi ucapan

Manakala ucapan Menteri Besar Perak, YAB Dato` Seri Dato` Seri Zambry Abdul Kadir menyatakan kepentingan bersatu dalam meningkatkan syiar Islam di negeri Perak.Beliau turut mengimpikan umat Islam bersatu dan berkasih sayang.Warga KAFA perlu menghadapi cabaran dalam mengajak masyarakat ke jalan Islam.
Beliau turut mengingatkan guru-guru KAFA mengajar dengan sebaik-baiknya kerana pelajar-pelajar tersebut akan meneruskan obor-obor perjuangan Islam.


Pada Majlis tersebut juga cek bernilai RM14,503,106.40 telah disampaikan oleh Dato` Seri kepada Jabatan Agama Islam Perak.Peruntikan tersebut adalah dari Kementerian Pelajaran Malaysia.

Adik Amir Asraf B. Ahmad Afandi menerima anugerah tersebut

Mungkin ada sesuatu yg diperkatakan MB kepada Adik Aiman Nabilah

Manakala Anugerah Pelajar Cemerlang UPKK 2011 telah dimiliki oleh adik Amir Asraf B. Ahmad Afandi dan Aiman Nabilah Bt. Abdul Aziz.Kedua-dua mereka menerima RM 1,500.00 setiap seorang beserta sijil.

Sesuatu yang menarik, beliau turut mengisytiharkan bonus RM 500.00 kepada setiap guru KAFA bagi tahun 2011.

Selasa, 21 Februari 2012

Ustaz Arshad Sakit

BAGAN TIANG.21hb,Feb.2012.Ustaz Hj. Arshad B. Hj. Ahmad, 69 tahun menderita sakit stroke(angin ahmar).Beliau merupakan bekas guru KAFA dan mantan guru besar SAR Teluk Pial.Beliau juga merupakan ahli Persatuan Pendokong Sekolah Agama Rakyat(PPSR) dan pernah menjawat setiausaha persatuan tersebut cawangan Parit Buntar.Semasa Ustaz Salehuddin B. Mat Said menjadi Tuan Penyelia Parit Buntar, beliaulah yg menjadi Pembantu Penyelia.
Penyakit angin ahmar ini telah menyerang beliau sebanyak dua kali.Iaitu 10 bulan lalu serangan pertama. Dan 2 bulan lalu angin ahmar menyerang kembali beliau.Kini beliau hanya mampu berbaring dan tidak mampu berkata-kata dengan jelas.
"Dia hanya makan nasi sesenduk sehari.Dan anak saudaranya banyak membantu menjaga Ustaz Arshad". cerita Ustazah Mokminah Bt. Hj. Ali,isteri Ustaz Hj. Arshad.
Ustaz Hj. Arshad adalah guru KAFA yang aktif dalam persatuan dan banyak berjasa menggerakkan apa-apa jua aktiviti guru KAFA Parit Buntar.Kalangan kami guru-guru KAFA Parit Buntar lebih mesra dengan memanggil beliau dengan gelaran "Ayahanda".
Mudah-mudahan beliau akan segera sembuh.Diharap guru-guru KAFA kawasan Parit Buntar sudi-sudilah menziarahi beliau di Parit 300/10,Bagan Tiang.

Ustaz Hj. Arshad tersenyum

Sabtu, 28 Januari 2012

PROGRAM LIQA`UL FIKRI PERKHIDMATAN AGAMA ISLAM PARIT BUNTAR

PARIT BUNTAR,28hb.Januari 2012(4 Rabi`ul Awal 1433).Satu program yang bernama Liqa`ul  Fikri Perkhidmatan Agama Islam Parit Buntar telah diadakan.Program ini dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dan Jabatan Agama Islam Parit Buntar.Program ini diadakan di Dewan SMK Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar, Perak.Peserta-peserta yang terlibat terdiri pegawai masjid kawasan Parit Buntar, guru-guru KAFA Parit Buntar, guru-guru Takmir Parit Buntar dan lain-lain lagi.Termasuk ketua-ketua kampung/penghulu kawasan Parit Buntar.

Tujuan program ini diadakan bagi menyatukan pemikiran bagi menjayakan segala usaha agama tanpa mengira batas-batas perbezaan pendapat.Program tersebut dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam Parit Buntar dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk)

Pada sessi awalnya 2 ceramah telah dijalankan.Ceramah pertama disampaikan oleh AF Ustaz Hafizzudin B. Kadir,bertajuk "Akidah Umat Islam Kini".Ceramah kedua pula disampaikan pula oleh  SF Ustaz Harist Fadhilah B. Abdul Halim, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak.Tajuk ceramahnya,"Peranan Ilmuan Agama Dalam Masyarakat".

Pada sessi penutup AF Ustaz Firdaus N. Hj. Salleh menyampaikan ucapan aluan bagi mewakili Tuan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak.Beliau mengalu-alukan kehadiran YB Mej. Jen.(B) Senator Dato`Seri Jamil Khair B. Baharom ke Parit Buntar.Ini satu penghargaan kepada semua golongan agamawan di Parit Buntar.Ini menunjukkan pihak kerajaan memberi perhatian kepada golongan ini.Beliau juga menyatakan program pembangunan insan akan dirancang bagi menguatkan lagi umat Islam di sini.

Manakala pada ucapan aluan yang disampaikan oleh YB Encik Salleh B. Mat Disa, Pegawai Khas Menteri Besar Perak.Beliau telah mengucapkan jutaan terima kasih semua imam kerana mengimamkan masjid dan surau.Mengucapkan terima kasih kepada bilal kerana khidmat azan di masjid dan surau.Terima kasih jua kepada siak kerana menjaga dan membersihkan masjid dan surau.Terima kasih jua kepada AJK masjid dan surau kerana mengurus selia masjid dan surau.Beliau turut menyeru agar bersatu padu bagi mengelakkan perpecahan.Kerana pecah belahlah yang menjadi punca umat Islam menjadi semakin lemah.

Encik Salleh B. Mat Disa menyampaikan ucapan aluan
YB Mej. Jen.(B) Senator Dato` Seri Jamil Khair  B. Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri didalam ucapan perasmian penutup Program Liqa`ul Fikri memaklumkan bahawa telah menjelajah seluruh Malaysia bagi memahami permasalahan semua golongan yang berbakti di dalam agama samada imam-imam, bilal-bilal, siak, guru-guru KAFA dan guru takmir.Beliau menyatakan bahawa terdapat 34 ribu lebih guru KAFA seluruh Malaysia.(termasuk 5,600 orang di Kelantan). 14 ribu imam-imam seluruh Malaysia.Manakala guru takmir pula seramai 5,600 orang.Terdapat 6,400 buah masjid dan lebih 22 ribu buah surau di seluruh Malaysia.Kerajaan telah mengeluarkan belanja yang banyak bagi menyelenggara semua itu.Beliau turut mengingatkan agar sentiasa memperkasakan nilai agama.

Dato` Seri Jamil Khair merasmikan ucapan penutup

Penulis sempat berbicara secara peribadi dengan Dato` Seri Jamil Khair dan meminta beberapa pesanan untuk disampaikan kepada guru-guru KAFA kawasan Parit Buntar.Katanya,

"Tahniah diucapkan kepada semua guru-guru KAFA yang menghadiri majlis ini.Saya amat menghargai kehadiran semua guru-guru KAFA Parit Buntar.Bersama-samalah bangun dan berusaha dengan gigih dalam usaha yang dilakukan.Marilah berdiri bersama berjuang dan memperkemaskan tugas dengan lebih baik.Dan mejalin hubungan erat sesama sendiri dan sama-sama berkembang maju.Saya akan berusaha jawatan guru KAFA yang bertaraf  kontrak ini akan menjadi kerjaya yang akan menjamin masa depan."

Ayat yang terakhir itu amat menarik perhatian penulis.Apakah taraf kontrak ini akan menjadi jawatan tetap?Atau akan  ada lagikah kenaikan elaun? Wallahu a`klam