Tuan Hj. Yusuf menyampaikan ucapan |
Dalam ucapan aluan yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Perak(Jaipk), Tuan Hj. Yusuf B. Hj Hussin, utntuk tahun 2012 sahaja 28 juta ringgit telah diperuntukkan kepada sekolah Agama Rakyat(SAR) dan sekolah Menengah Agama (SMA)Ia meliputi nilai perkapita,pembangunan dan kursus-kursus untuk guru dan lain-lain lagi.Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan dan mengharapkan agar warga KAFA menghargainya dengan dan mengenang budi baik yang telah diterima.Beliau turut berharap guru-guru kAFA agar memberi khidmat yang baik untuk anak bangsa.Beliau turut menyatakan syarat kelayakan memasuki sekolah menengah agama negeri atau Tahfiz anjuran kerajaan negeri bagi tahun ini sekurang-kurangnya 4A 4B dalam peperiksaan UPKK.
Menteri besar memberi ucapan |
Manakala ucapan Menteri Besar Perak, YAB Dato` Seri Dato` Seri Zambry Abdul Kadir menyatakan kepentingan bersatu dalam meningkatkan syiar Islam di negeri Perak.Beliau turut mengimpikan umat Islam bersatu dan berkasih sayang.Warga KAFA perlu menghadapi cabaran dalam mengajak masyarakat ke jalan Islam.
Beliau turut mengingatkan guru-guru KAFA mengajar dengan sebaik-baiknya kerana pelajar-pelajar tersebut akan meneruskan obor-obor perjuangan Islam.
Pada Majlis tersebut juga cek bernilai RM14,503,106.40 telah disampaikan oleh Dato` Seri kepada Jabatan Agama Islam Perak.Peruntikan tersebut adalah dari Kementerian Pelajaran Malaysia.
Adik Amir Asraf B. Ahmad Afandi menerima anugerah tersebut |
Mungkin ada sesuatu yg diperkatakan MB kepada Adik Aiman Nabilah |
Manakala Anugerah Pelajar Cemerlang UPKK 2011 telah dimiliki oleh adik Amir Asraf B. Ahmad Afandi dan Aiman Nabilah Bt. Abdul Aziz.Kedua-dua mereka menerima RM 1,500.00 setiap seorang beserta sijil.
Sesuatu yang menarik, beliau turut mengisytiharkan bonus RM 500.00 kepada setiap guru KAFA bagi tahun 2011.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan