Sabtu, 7 April 2012

Kursus Safoqah utk guru SAR KAFA Parit Buntar

Parit Buntar.7hb.April 2012. - Kursus Safoqah untuk semua guru-guru SAR KAFA Parit Buntar telah bermula pada pagi tadi.Seramai 130 guru-guru KAFA terlibat dalam kursus tersebut.
Kursus ini dijalankan di Dewan Orang Ramai Pejabat Agama Islam Parit Buntar.Kursus ini dibawah kelolaan Unit Pendidikan Badan Kemajuan dan Kebajikan SAR KAFA Parit Buntar.Tujuan kursus ini bagi menambahkan pengetahuan guru-guru KAFA berkaitan dengan kurikulum,etika dan profesionalisma guru-guru KAFA daerah Parit Buntar.Kursus-kursus ini adalah kursus wajib bagi setiap guru-guru KAFA daerah ini.Mudah-mudahan dengan adanya kursus-kursus sebegini akan meningkatkan nilai kerja semua guru-guru KAFA daerah ini.Disamping pertemuan guru-guru ini akan mengeratkan silaturrahim sesama mereka.Dan memupuk sikap belajar untuk mengajar di kalangan guru-guru kAFA ini.
Kerjasama dan sokongan semua guru-guru KAFA ini diharap akan berterusan.Ambillah nilai pengajaran yg diperolehi.

AF Ustaz Kori,tenaga pengajar sulung untuk kursus ini
Antara peringatan yang sama-sama kita patut renungi dari ucapan penceramah:
1. Niat ikhlas dalam mendidik
2. Berdisiplin amat penting dalam pekerjaan



Teruskanlah nilai perjuangan sebagai guru KAFA yang sejati wahai warga KAFA....

Sabtu, 17 Mac 2012

KURSUS PENGAJIAN SAQOFAH GURU-GURU SAR KAFA PARIT BUNTAR TAHUN 2012

Kursus-kursus ini dianjurkan oleh Badan Kemajuan dan kebajikan SAR KAFA Parit Buntar (BKKSARPB). Kursus-kursus ini adalah diwajibkan kepada semua guru KAFA Parit Buntar.Kursus ini bagi meningkatkan profesianalisma P & P dan pengetahuan guru-guru KAFA.

Kursus-kursus ini akan dimulakan bulan April ini. 2 kali sebulan.Setiap guru dikenakan RM 4.00 sebulan.Dan setiap sekolah perlu membayar RM 50.00 untuk tahun 2012.

JADUAL KURSUS-KURSUS PENGAJIAN GURU-GURU KAFA DAERAH PARIT BUNTAR TAHUN 2012


Masa : 9.00 hingga 11.00 pagi

1. Bulan April

     7.4.2012  (Sabtu)
   21.4.2012  (Sabtu)
   Tajuk            :  Aqidah Islamiah
   Nama Kitab   :  BTK KAFA 2012 Tahun 1 - 6
   Penceramah   :  Ustaz Khori B. Yunus (Pegawai Kaunseling dan Naib Kadhi Parit Buntar)

2. Bulan Mei

     5.5.2012  (Sabtu)
   19.5.2012  (Sabtu)
   Tajuk            :  Tulisan Jawi & Khat
   Nama Kitab   :  BTK KAFA 2012 Tahun 1 - 6
   Penceramah   :  Ustaz Syful Rizad B. Kayudi

3. Bulan Jun

     2.6.2012  (Sabtu)
   16.6.2012  (Sabtu)
   Tajuk            :  Feqah & Ibadah
   Nama Kitab   :  BTK KAFA 2012 Tahun 1 - 6
   Penceramah   :  Ustaz Kamal Arifen (Guru SABK Syamsul Maarif)

4. Bulan Julai

      7.7.2012  (Sabtu)
    21.7.2012  (Sabtu)
   Tajuk            :  Bahasa Arab
   Nama Kitab   :  BTK KAFA 2012 Tahun 1 - 6
   Penceramah   :  Ustaz Hasbullah B. Yusuf

5. Bulan Ogos

     4.8.2012  (Sabtu)
   18.8.2012  (Sabtu)
   Tajuk            :  Sirah Nabi Muhammad SAW
   Nama Kitab   :  BTK KAFA 2012 Tahun 1 - 6
   Penceramah   :  Ustaz Mat Sha  (Guru Besar  SK )

6. Bulan September

     1.9.2012  (Sabtu)
   22.9.2012  (Sabtu)
   Tajuk            :  Motivasi Guru KAFA
   Nama Kitab   :  BTK KAFA 2012 Tahun 1 - 6
   Penceramah   :  Ustaz Mat Sha  (Guru Besar  SK )


7. Bulan Oktober

     6.10.2012  (Sabtu)
   20.10.2012  (Sabtu)
   Tajuk            :  Diskusi Kitab
   Nama Kitab   :  Fiqhul Alawiat
   Penceramah   :  Ustaz Hj. Salmi B. Hj. Suhaimi (Guru Pondok Sg Bakap)

8. Bulan November

     3.11.2012  (Sabtu)
   Tajuk            :  Diskusi Kitab
   Nama Kitab   :  Fiqhul Alawiat
   Penceramah   :  Ustaz Hj. Salmi B. Hj. Suhaimi (Guru Pondok Sg Bakap)

    17.11.2012  (Sabtu)

   Tajuk             :  Majlis Penutup Kursus
   Perkara          :  Taklimat Guru KAFA
   Penceramah   :  AF Ustaz Firdaus B. Salleh  (PTA Parit Buntar)

9. Bulan Disember

     1.12.2012  (Sabtu)
   Tajuk             :  Pemantapan Kewangan dan Buku Tunai
   Penceramah   :  Encik Roziman B. Alias (Nazir SAR KAFA JAIPk)

    22.12.2012  (Sabtu)
   Tajuk             :  Pemantapan Kewangan dan Buku Tunai
   Penceramah   :  Ustaz Hj. Hafiz

Mudah-mudahan semua kursus-kursus yang dirancang akan berjalan dengan sempurna.Kerjasama dari semua guru-guru KAFA Parit Buntar amat dihargai.

Sebarang pindaan akan dimaklumkan oleh Penyelia KAFA.Sebarang kemusykilan rujuklah kepada guru besar sekolah masing-masing.


BELAJARLAH LAGI UNTUK MENGAJAR DENGAN LEBIH BAIK LAGI.
MURID CEMERLANG BERMULA DARI GURU YANG BISTARI

Kursus-kursus untuk guru-guru yang terpilih oleh pihak Jabatan Agama Islam Perak

  1. Kursus ini memfokuskan Bahasa Arab.
  2. Kursus bermula bulan April
  3. Tarikh,masa dan tempat ditentukan oleh pihak daerah
  4. Kursus akan dijalankan 2 kali sebulan
  5. Setiap guru dikenakan yuran RM 20.00 sebulan
  6. Yuran tersebut diserahkan ke pejabat Agama Islam Daerah Parit Buntar
Jadual Kursus Pengajian P & P  Bahasa Arab Tahap Kemahiran Guru-guru KFA Daerah Parit Buntar Tahun 2012 adalah seperti di bawah:

1. Bulan April.
   14.4.2012(Sabtu)
   23.4.2012(Ahad)
   BTK KAFA 2012 Tahun 1 - 6
   Nama Pengajar - Ustaz Nordin B. Abdul Rahman (Guru SABK Al Falah)

2. Bulan Mei
   12.5.2012 (Sabtu)
   20.5.2012 (Ahad)
   BTK KAFA 2012 Tahun 1 - 6
   Nama Pengajar - Ustaz Nordin B. Abdul Rahman (Guru SABK Al Falah)

3. Bulan Jun
    9.6.2012 (Sabtu)
  17.6.2012 (Ahad)
  BTK KAFA 2012 Tahun 1 - 6
  Nama Pengajar - Ustaz Nordin B. Abdul Rahman (Guru SABK Al Falah)

4. Bulan Julai
   14.7.2012 (Sabtu)
   22.7.2012 (Ahad)

   BTK KAFA 2012 Tahun 1 - 6
   Nama Pengajar - Ustaz Nordin B. Abdul Rahman (Guru SABK Al Falah)

5. Bulan Ogos
   11.8.2012 (Sabtu)
   19.8.2012 (Ahad)

   BTK KAFA 2012 Tahun 1 - 6
   Nama Pengajar - Ustaz Nordin B. Abdul Rahman (Guru SABK Al Falah)

6. Bulan September
   8.9.2012 (Sabtu)
  23.9.2012 (Ahad)

   BTK KAFA 2012 Tahun 1 - 6
   Nama Pengajar - Ustaz Nordin B. Abdul Rahman (Guru SABK Al Falah)

7. Bulan Oktober
   13.10.2012 (Sabtu)
   21.10.2012 (Ahad)

   BTK KAFA 2012 Tahun 1 - 6
   Nama Pengajar - Ustaz Nordin B. Abdul Rahman (Guru SABK Al Falah)

8. Bulan November
   10.11.2012 (Sabtu)
   18.11.2012 (Ahad)

   BTK KAFA 2012 Tahun 1 - 6
   Nama Pengajar - Ustaz Nordin B. Abdul Rahman (Guru SABK Al Falah)

Sebarang pindaan akan dimaklumkan oleh Pejabat Agama Islam Parit Buntar.

Masa pembelajaran 9.00 hingga 11.00 pagi.
Kursus dijalankan di Dewan Pejabat Agama Islam Parit Buntar,Perak

JADUAL PERJUMPAAN BERSAMA GURU-GURU BESAR SRAR INTERGRA

  1. Bulan Januari          -    20.1.2012 (Jumaat)
  2. Bulan Febuari         -    22.2.2012 (Rabu)
  3. Bulan Mac              -    7.3.2012   (Rabu)
  4. Bulan April             -   26.4.2012  (Khamis)
  5. Bulan Mei               -   23.5.2012  (Rabu)
  6. Bulan Jun                -   27.6.2012  (Rabu)
  7. Bulan Julai              -   25.7.2012  (Rabu)
  8. Bulan Ogos             -   29.8.2012  (Rabu)
  9. Bulan September    -   26.9.2012  (Rabu)
  10. Bulan Oktober        -   31.10.2012(Rabu)
  11. Bulan November    -   1.11.2012  (Khamis)
  12. Bulan Disember     -   19.12.2012(Rabu)

Semua Mesyuarat di atas diadakan di Bilik Mesyuarat 2 Pejabat Agama Islam Daerah Parit Buntar.
Jam 9.00 pagi.

Tarikh jadual ini adalah tertakluk kepada pindaan
Sila hubungi Tuan Penyelia KAFA Daerah Parit Buntar Ustaz Abdul Wahab B.Hj. Ramli sebelum menghadiri mesyuarat.
No.h/p Ustaz Abdul Wahab      -    019 - 3992561
No.h/p Ustazah Adilla              -    017- 4266508
No.Tel.Pejabat Agama             -     05 - 7161078

    Program Ramah Mesra dan Taklimat Pembangunan SAR KAFA bersama Wakil Menteri Besar

    Pada 13.3.2012,hari Selasa telah diadakan satu program Ramah Mesra dan Taklimat Pembangunan SAR KAFA  bersama Wakil Menteri Besar Perak,YB Tuan Haji Salleh B. Mat Desa.Program ini diadakan bagi menjelaskan beberapa perkara berkaitan bantuan pembangunan baik pulih sekolah SAR KAFA kawasan Parit Buntar.
    Majlis ini diadakan di SRAR Al Tahzib,Titi Serong, Parit Buntar Perak.Semua guru KAFA atau wakil sekolah KAFA kawasan Parit Buntar telah menghadirinya.Dalam kata aluan yang disampaikan oleh Tuan Pegawai Tadbir Agama Islam Cawangan Parit Buntar,AF Astaz Firdaus B. Salleh.

    Tuan PTA menyampaikan kata aluan

    Dalam ucapan aluan beliau mengajak semua guru-guru besar prihatin dengan  pembangunan sekolah masing-masing. Beliau berharap juga agar taklimat ini akan membawa keuntungan kepada semua pihak






    YB Tuan Hj. Salleh B. Mat Desa memberi taklimat
    Seterusnya Tuan Haji Salleh B. Mat Desa dalam ucapannya menekankan betapa pentingya  bersama-sama  bersatu padu mengangkat syiar Islam.Kerjasama yang amat perlu bagi meningkatkan kerjasama ini.Beliau bersedia berdialoq bagi membangunkan SAR KAFA Parit Buntar. Beliau jua akan membawa kesemua permohonan pembiayaan pembangunan SAR KAFA kepada YAB Menteri Besar Perak.Beliau juga telah diberi taklimat oleh pihak atasan berkaitan pembiayaan pembangunan SAR KAFA yang bernilai RM 200,000.00 terhadap sekolah yang amat memerlukan.

    Ustazah Mahfuzah dlm sessi dialoq



    Guru-guru besar SAR KAFA menunjukkan respon yang baik semasa program ini dijalankan.Ramai guru-guru berkesempatan menyuarakan beberapa masalah berkaitan pembangunan sekolah dan dapat menerima beberapa bentuk cara memohon bantuan pembangunan tersebut.Mereka menyuarakan perkara tersebut secara terbuka dan berharap YB Tuan Hj. Salleh dapat membantu mereka memohon.







    Majlis ini amat baik diteruskan bagi membina kerjasama yang akrab antara SAR KAFA Parit Buntar dan pihak kerajaan Negeri Perak melalui Penyelaras DUN masing-masing.Apa pun usaha ini tak akan berhasil jika dialoq dan taklimat tidak sampai ke matlamat yang sewajarnya. Kerjasama semua pihak amat-amat di alu-alukan.

    Pihak Badan Kemajuan danKebajikan SAR KAFA Parit Buntar (BKKSARKAFAPB) mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Tuan Hj. Salleh B. Mat Desa, Wakil Menteri Besar yang sudi mendengar permasalahan sekolah kami serta membantu memberi taklimat ini.Begitu jua kepada Tuan PTA,AF Firdaus B. Salleh yang memberi ruang dalam pertemuan ini.
    Insya Allah , jika ada peluang.Diharap masa akan datang akan ada lagi program talimat yang penting untuk pembangunan SAR KAFA Parit Buntar.

    Mudah-mudahan semua permohonan SAR KAFA Parit Buntar akan diterima.Amin....

    Sabtu, 25 Februari 2012

    Dapat bonus RM 500.00. Apa kata mereka?

    Warga KAFA Perak amat gembira dengan pengishtiharan Menteri Besar Perak,YAB Dato` Dr. Seri Zambry Abdul Kadir dengan bonus RM 500.00 kepada setiap guru KAFA.Rata-rata guru KAFA bersyukur dengan penerimaan bonus ini dan berazam akan berkhidmat bersungguh-sungguh mendidik anak bangsa.

    Nor Azizh Bt. Awang


    Seorang guru KAFA, Ustazah Nor Azizah Bt. Awang,44 tahun menyatakan bahawa beliau amat gembira dengan pemberian bonus yang diumumkan oleh Menteri Besar Perak.Beliau amat bersyukur dengan keprihatinan pihak kerajaan dan berharap mudah-mudahan biarlah perkara tersebut berterusan.Beliau turat mengharapkan negeri Perak akan terus maju jaya di bawah kepimpinan YAB Dato` Seri Zambry Abdul Kadir selaku Menteri Besar Perak





    Puan Hajjah Salmiah 



    Manakala Puan Hajjah Salmiah Bt. Sabran,Ketua Sektor Pendidikan Islam,Jabatan Pelajaran Perak mengucapkan tahniah kepada semua guru KAFA perak di atas pemberian bonus ini.Pemberian bonus ini ibarat BR1M yang kedua untuk guru-guru KAFA.Beliau turut berharap guru-guru KAFA akan bekerja dengan lebih baik dan bersungguh-sungguh lagi.





    Alhamdulillah.Terima Kasih Menteri Besar Perak  dan Kerajaan Negeri Perak.

    Ambil Catatan

    Semasa Majlis Penyampaian Cek Pembangunan dan Pengurusan SAR KAFA Perak dan Anugerah Pelajar UPKK 2011 di kediaman Menteri Besar Perak baru-baru ini, penulis tertarik dengan sikap beberapa orang guru KAFA yang rajin mengambil catitan ucapan di sampaikan oleh Menteri Besar atau Tuan Pengarah Jaipk.
    Sememangnya maklumat-maklumat tersebut amat penting untuk di catat sebagai rujukan dan menjawap persoalan-persoalan mungkin satu ketika amat penting.Eloklah sikap ini diamalkan oleh semua guru-guru KAFA dan akan menambah sikap profesional mereka dalam memperolehi makluman terkini.


    Tahniah juga kepada semua guru KAFA Perak kerana mendapat bonus RM 500.00.Alhamdulillah.