Sabtu, 17 Mac 2012

Program Ramah Mesra dan Taklimat Pembangunan SAR KAFA bersama Wakil Menteri Besar

Pada 13.3.2012,hari Selasa telah diadakan satu program Ramah Mesra dan Taklimat Pembangunan SAR KAFA  bersama Wakil Menteri Besar Perak,YB Tuan Haji Salleh B. Mat Desa.Program ini diadakan bagi menjelaskan beberapa perkara berkaitan bantuan pembangunan baik pulih sekolah SAR KAFA kawasan Parit Buntar.
Majlis ini diadakan di SRAR Al Tahzib,Titi Serong, Parit Buntar Perak.Semua guru KAFA atau wakil sekolah KAFA kawasan Parit Buntar telah menghadirinya.Dalam kata aluan yang disampaikan oleh Tuan Pegawai Tadbir Agama Islam Cawangan Parit Buntar,AF Astaz Firdaus B. Salleh.

Tuan PTA menyampaikan kata aluan

Dalam ucapan aluan beliau mengajak semua guru-guru besar prihatin dengan  pembangunan sekolah masing-masing. Beliau berharap juga agar taklimat ini akan membawa keuntungan kepada semua pihak






YB Tuan Hj. Salleh B. Mat Desa memberi taklimat
Seterusnya Tuan Haji Salleh B. Mat Desa dalam ucapannya menekankan betapa pentingya  bersama-sama  bersatu padu mengangkat syiar Islam.Kerjasama yang amat perlu bagi meningkatkan kerjasama ini.Beliau bersedia berdialoq bagi membangunkan SAR KAFA Parit Buntar. Beliau jua akan membawa kesemua permohonan pembiayaan pembangunan SAR KAFA kepada YAB Menteri Besar Perak.Beliau juga telah diberi taklimat oleh pihak atasan berkaitan pembiayaan pembangunan SAR KAFA yang bernilai RM 200,000.00 terhadap sekolah yang amat memerlukan.

Ustazah Mahfuzah dlm sessi dialoq



Guru-guru besar SAR KAFA menunjukkan respon yang baik semasa program ini dijalankan.Ramai guru-guru berkesempatan menyuarakan beberapa masalah berkaitan pembangunan sekolah dan dapat menerima beberapa bentuk cara memohon bantuan pembangunan tersebut.Mereka menyuarakan perkara tersebut secara terbuka dan berharap YB Tuan Hj. Salleh dapat membantu mereka memohon.







Majlis ini amat baik diteruskan bagi membina kerjasama yang akrab antara SAR KAFA Parit Buntar dan pihak kerajaan Negeri Perak melalui Penyelaras DUN masing-masing.Apa pun usaha ini tak akan berhasil jika dialoq dan taklimat tidak sampai ke matlamat yang sewajarnya. Kerjasama semua pihak amat-amat di alu-alukan.

Pihak Badan Kemajuan danKebajikan SAR KAFA Parit Buntar (BKKSARKAFAPB) mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Tuan Hj. Salleh B. Mat Desa, Wakil Menteri Besar yang sudi mendengar permasalahan sekolah kami serta membantu memberi taklimat ini.Begitu jua kepada Tuan PTA,AF Firdaus B. Salleh yang memberi ruang dalam pertemuan ini.
Insya Allah , jika ada peluang.Diharap masa akan datang akan ada lagi program talimat yang penting untuk pembangunan SAR KAFA Parit Buntar.

Mudah-mudahan semua permohonan SAR KAFA Parit Buntar akan diterima.Amin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan