Sabtu, 25 Februari 2012

Majlis Penyampaian Cek Pembangunan dan Pengurusan SAR KAFA Negeri Perak dan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang UPKK 2011 Negeri Perak oleh Menteri Besar Perak

IPOH.25hb.Feb.2012. - Bertempat di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, Dato` Seri Dr. Zambry B. Abdul Kadir,satu Majlis Penyampaian Cek Pembangunan dan Pengurusan SAR KAFA Perak dan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang UPKK 2011 Perak telah diadakan.Majlis tersebut di hadiri oleh lebih 4000 orang warga SAR KAFA Perak yang terdiri guru-guru KAFA dan pengerusi-pengerusi Jemaah Pengurusan dan Pentadbiran SAR KAFA Perak.

Tuan Hj. Yusuf menyampaikan ucapan

Dalam ucapan aluan yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Perak(Jaipk), Tuan Hj. Yusuf B. Hj Hussin, utntuk tahun 2012  sahaja 28 juta ringgit telah diperuntukkan kepada sekolah Agama Rakyat(SAR) dan sekolah Menengah Agama (SMA)Ia meliputi nilai perkapita,pembangunan dan kursus-kursus untuk guru dan lain-lain lagi.Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan dan mengharapkan agar warga KAFA menghargainya dengan dan mengenang budi baik yang telah diterima.Beliau turut berharap guru-guru kAFA agar memberi khidmat  yang baik untuk anak bangsa.Beliau turut menyatakan syarat kelayakan memasuki sekolah menengah agama negeri atau Tahfiz anjuran kerajaan negeri bagi tahun ini sekurang-kurangnya 4A  4B dalam peperiksaan UPKK.

Menteri besar memberi ucapan

Manakala ucapan Menteri Besar Perak, YAB Dato` Seri Dato` Seri Zambry Abdul Kadir menyatakan kepentingan bersatu dalam meningkatkan syiar Islam di negeri Perak.Beliau turut mengimpikan umat Islam bersatu dan berkasih sayang.Warga KAFA perlu menghadapi cabaran dalam mengajak masyarakat ke jalan Islam.
Beliau turut mengingatkan guru-guru KAFA mengajar dengan sebaik-baiknya kerana pelajar-pelajar tersebut akan meneruskan obor-obor perjuangan Islam.


Pada Majlis tersebut juga cek bernilai RM14,503,106.40 telah disampaikan oleh Dato` Seri kepada Jabatan Agama Islam Perak.Peruntikan tersebut adalah dari Kementerian Pelajaran Malaysia.

Adik Amir Asraf B. Ahmad Afandi menerima anugerah tersebut

Mungkin ada sesuatu yg diperkatakan MB kepada Adik Aiman Nabilah

Manakala Anugerah Pelajar Cemerlang UPKK 2011 telah dimiliki oleh adik Amir Asraf B. Ahmad Afandi dan Aiman Nabilah Bt. Abdul Aziz.Kedua-dua mereka menerima RM 1,500.00 setiap seorang beserta sijil.

Sesuatu yang menarik, beliau turut mengisytiharkan bonus RM 500.00 kepada setiap guru KAFA bagi tahun 2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan