Sabtu, 28 Januari 2012

PROGRAM LIQA`UL FIKRI PERKHIDMATAN AGAMA ISLAM PARIT BUNTAR

PARIT BUNTAR,28hb.Januari 2012(4 Rabi`ul Awal 1433).Satu program yang bernama Liqa`ul  Fikri Perkhidmatan Agama Islam Parit Buntar telah diadakan.Program ini dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dan Jabatan Agama Islam Parit Buntar.Program ini diadakan di Dewan SMK Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar, Perak.Peserta-peserta yang terlibat terdiri pegawai masjid kawasan Parit Buntar, guru-guru KAFA Parit Buntar, guru-guru Takmir Parit Buntar dan lain-lain lagi.Termasuk ketua-ketua kampung/penghulu kawasan Parit Buntar.

Tujuan program ini diadakan bagi menyatukan pemikiran bagi menjayakan segala usaha agama tanpa mengira batas-batas perbezaan pendapat.Program tersebut dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam Parit Buntar dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk)

Pada sessi awalnya 2 ceramah telah dijalankan.Ceramah pertama disampaikan oleh AF Ustaz Hafizzudin B. Kadir,bertajuk "Akidah Umat Islam Kini".Ceramah kedua pula disampaikan pula oleh  SF Ustaz Harist Fadhilah B. Abdul Halim, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak.Tajuk ceramahnya,"Peranan Ilmuan Agama Dalam Masyarakat".

Pada sessi penutup AF Ustaz Firdaus N. Hj. Salleh menyampaikan ucapan aluan bagi mewakili Tuan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak.Beliau mengalu-alukan kehadiran YB Mej. Jen.(B) Senator Dato`Seri Jamil Khair B. Baharom ke Parit Buntar.Ini satu penghargaan kepada semua golongan agamawan di Parit Buntar.Ini menunjukkan pihak kerajaan memberi perhatian kepada golongan ini.Beliau juga menyatakan program pembangunan insan akan dirancang bagi menguatkan lagi umat Islam di sini.

Manakala pada ucapan aluan yang disampaikan oleh YB Encik Salleh B. Mat Disa, Pegawai Khas Menteri Besar Perak.Beliau telah mengucapkan jutaan terima kasih semua imam kerana mengimamkan masjid dan surau.Mengucapkan terima kasih kepada bilal kerana khidmat azan di masjid dan surau.Terima kasih jua kepada siak kerana menjaga dan membersihkan masjid dan surau.Terima kasih jua kepada AJK masjid dan surau kerana mengurus selia masjid dan surau.Beliau turut menyeru agar bersatu padu bagi mengelakkan perpecahan.Kerana pecah belahlah yang menjadi punca umat Islam menjadi semakin lemah.

Encik Salleh B. Mat Disa menyampaikan ucapan aluan
YB Mej. Jen.(B) Senator Dato` Seri Jamil Khair  B. Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri didalam ucapan perasmian penutup Program Liqa`ul Fikri memaklumkan bahawa telah menjelajah seluruh Malaysia bagi memahami permasalahan semua golongan yang berbakti di dalam agama samada imam-imam, bilal-bilal, siak, guru-guru KAFA dan guru takmir.Beliau menyatakan bahawa terdapat 34 ribu lebih guru KAFA seluruh Malaysia.(termasuk 5,600 orang di Kelantan). 14 ribu imam-imam seluruh Malaysia.Manakala guru takmir pula seramai 5,600 orang.Terdapat 6,400 buah masjid dan lebih 22 ribu buah surau di seluruh Malaysia.Kerajaan telah mengeluarkan belanja yang banyak bagi menyelenggara semua itu.Beliau turut mengingatkan agar sentiasa memperkasakan nilai agama.

Dato` Seri Jamil Khair merasmikan ucapan penutup

Penulis sempat berbicara secara peribadi dengan Dato` Seri Jamil Khair dan meminta beberapa pesanan untuk disampaikan kepada guru-guru KAFA kawasan Parit Buntar.Katanya,

"Tahniah diucapkan kepada semua guru-guru KAFA yang menghadiri majlis ini.Saya amat menghargai kehadiran semua guru-guru KAFA Parit Buntar.Bersama-samalah bangun dan berusaha dengan gigih dalam usaha yang dilakukan.Marilah berdiri bersama berjuang dan memperkemaskan tugas dengan lebih baik.Dan mejalin hubungan erat sesama sendiri dan sama-sama berkembang maju.Saya akan berusaha jawatan guru KAFA yang bertaraf  kontrak ini akan menjadi kerjaya yang akan menjamin masa depan."

Ayat yang terakhir itu amat menarik perhatian penulis.Apakah taraf kontrak ini akan menjadi jawatan tetap?Atau akan  ada lagikah kenaikan elaun? Wallahu a`klam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan